latest Post

Tuesday 4 January 2022

Tips Suri Rumah Beli Rumah Sendiri

Hai Assalamualaikum semua, haritu ramai Dm fara di instagram untuk kongsikan cara suri rumah boleh beli rumah sendiri. 
So nak senang dan nak buat reference akan datang, fara tulis di blog je ya😊

    sekadar gambar hiasan, sumber google

First sekali fara nak cakap fara ni bisness biashe biashe jee tahap anak bilis je. So fara mampu beli rumah kecil. Tapi tu pon fara dah bersyukur sangat bila dah ada rumah sendiri. Kadang macam mimpi suri rumah yang 24 jam duduk rumah boleh beli property sendiri. Serious macam tak percaya hehe. So apa yang perlu ada untuk suri rumah beli rumah? 

1) Mesti ada SSM. Tak kisah even bisness kecil-kecilan, agent ke dropship jangan lupa untuk daftarkan perniagaan. Biasa bank nak tengok kita active at least dalam 2 hingga 3 tahun. Depends pada bank. 

2) Mesti ada business account. So segala duit keluar masuk, mestilah di dalam akaun company bukan akaun personal. 

3) Declare income tax at least 2 tahun. Bab ni fara angkat tangan sebab pening kalau buat sendiri. Even masa isi borang pon kurang faham. So better cari accountant untuk buatkan. Tapi nak jimat boleh buat sendiri. 

4) Cek ccris/ctos untuk bank tahu nama kita clear dari ccris atau ctos. Penting untuk bank tahu disiplin cara bayaran kita.

Korang kalau ada buat ptptn zaman study dulu, kene jaga ya cara bayaran. Bayaran asbf pon boleh effect juga ya. 

Disebabkan fara tak pernah buat ptptn, asbf, atau apa2 komitmen dengan bank. Agak susah juga untuk bank tahu cara bayaran fara. Pihak bank ada sarankan untuk buat kad kredit atau asbf. Tapi fara taknak buat untuk masa sekarang ni just ada asb biasa sahaja, so fara kuatkan pihak bank dengan cara tunjuk segala simpanan yang ada di beberapa bank lain. 

5) Jangan lupa cek kelayakan loan. Alang-alang cek ccris/ctos fara cek ni sekali sebab di bangunan yang sama tapi berlainan level. Part ni pon penting, supaya kita dapat ukur baju di badan sendiri. 

6) Buat simpanan sebanyaknya di beberapa tempat untuk kuatkan dokumen. 
So korang mungkin boleh tunjukkan saving korang di bank lain2 untuk pihak bank yakin dengan orang yang tak pernah ada komitmen dengan bank sebelum ni. 

Lagipon duit memang banyak keluar kalau beli rumah ni. Deposit rumah, bayar valuer, lawyers, ambil kunci dan sebagainya. Sampai fara pon ingat ingat lupa sebab banyak duit keluar kene bayar memacam😂

Btw untuk yang first time beli rumah biasanya akan dapat 100% loan (depend pada bank masing2). Macam fara, bank ada offer loan 100%, tapi fara taknak sebab fara nak kecilkan bayaran bulanan. 

Masa fara nak apply loan, fara tak pergi bank rimau sebab orang kata susah dan strict bank rimau. Then fara apply bank lain. Bila dah approve fara pula tak terima sebab tengok interest tinggi. So fara try bank rimau yang orang dok kata susah tu, tapi Alhamdulillah bank approve dengan interest yang rendah je. So di sini kita jangan takut nak cuba. Kadang kita tak tahu rezeki kita di mana. 

Fara doakan semoga semua suri rumah yang ada cita-cita nak ada property sendiri pon mampu untuk beli. Tak kisahlah kecil ke besar, nak duduk sendiri atau nak buat investment, fara doakan semoga semuanya dipermudahkan. Wishing you all the best. InsyaAllah jika ada yang pertama, tak mustahil untuk yang kedua atau ketiga kan kan kan heehehe