latest Post

Friday 10 November 2017

Sayuran Terbaik Untuk Bayi


Hai semua 😊

Harini fara nak share beberapa jenis sayuran yang sangat baik untuk si bayi. Antara sayuran yang fara listkan di bawah ni, ada antaranya dikenali sebagai superfood dan super boost imune system untuk bayi. Korang boleh la cuba semua jenis sayuran yang fara listkan. Harap lepas ni tak ada lagi la kita semua kekeringan idea nak masak menu baru untuk bayi hehehe.  Selamat mencuba semua.







1) Brokoli

Dikenali sebagai true "superfood" untuk bayi kerana kandungan vitamin C yang sangat tinggi. Selain itu ia juga mengandungi beta-carotene, folic acid, iron, potassium, dan anticancer phytonutrients. Brokoli sangat bagus jika dikukus berbanding di rebus kerana ianya boleh mengurangkan kandungan vitamin C. Jika bayi anda kurang suka rasa brokoli, anda boleh campurkan dengan sayuran yang manis seperti butternut squash atau keledek.


2) Butternut Squash

Ianya senang dicernakan oleh baby dan tidak menyebabkan baby mengalami masalah seperti kembung, sembelit atau sebarang alergik. It also  provides an excellent source of beta-carotene.



3) Kentang

Mengandungi vitamin C dan potassium yang tinggi. Potato russet selalu menjadi pilihan berbanding jenis kentang yang lain kerana ia lebih berkanji.



4) Carrot

Carrot kaya dengan beta-carotene dan vitamin A. Kebiasaanya memang baby akan suka rasa carrot kerana manis. Jika hendak beli carrrot, digalakkan memilih yang lebih gelap warnanya kerana it contains more beta-carotene than the new one.


5) Cellery

Kaya dengan vitamin A, amat baik untuk mata. Selain itu, ia mengandungi banyak air dan fiber, bagus untuk sistem penghadaman si bayi.


6) Parsnip

Kaya dengan kanji dan fiber. Ia juga boleh bertindak sebagai antioxidant kerana mengandungi vitamin C dan E.





7) Leek

Kaya dengan blood protein, iron yandg terkandung didalam leek membantu anak-anak sentiasa aktif dan bertenaga sepanjang hari. Selain itu ia antiseptic dan anti keradangan. Apabila bayi atau anak yang ada luka, ianya sangat mempercepatkan proses penyembuhan.




8) Zucchini

Good source of beta-carotene. Mostly semua nutrient terdapat pada kulit zucchini so jangan kupas kulitnya.


9) Ubi keledek

Terdapat dua jenis ubi keledek iaitu isi oren dan isi putih. Isi oren lebih baik berbanding isi putih kerana mengandungi banyak beta-carotene. 


10) Lentil

Lentil mengandungi kalsium yang tinggi. Malah setanding amount kalsium yang terdapat didalam yogurt. Sangat bagus untuk tulang dan pertumbesaran bayi. Selain itu ia amat bagus untuk sistem penghadaman dan dapat mengelakkan masalah sembelit.




11) Bayam





Bayam dikenali sebagai sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A (dalam bentuk beta-carotene), vitamin B, vitamin C, folic acid, vitamin K, protein, magnesium, calcium, dan zat besi yang baik untuk kulit bayi. Bayam juga sangat penting untuk pembentukkan otak bayi. 

Bayam merah pula kaya dengan sumber vitamin dan mineral terutama kalsium. Dalam 100g bayam merah terdapat 368mg calcium. Selain itu bayam merah juga kaya dengan zat besi serta vitamin A,B (thiamine) dan C.




No comments:

Post a Comment