latest Post

Friday 3 November 2017

Manfaat Butternut Squash untuk bayi

Morning hari ni Nayla breakfast makan makanan kegemaran dia, butternut squash.
Actually before ni tak pernah tahu kewujudan butternut squash ni. Dia ni dari family labu jugak. Kalau labu kita bagi pada baby, baby akan mudah masuk angin dan kembung, sebab labu berangin. Tu yang kadang ada orang nak bagi baby, labu dia kene kukus bersama halia.

Lain pula bagi butternut squash ni. Butternut squash ni memang sangat-sangat bagus beri pada baby. Dia di gelar sebagai 'super food for baby'. Bagus untuk boost immune sistem baby, digestive sistem dan banyak lagi. Dia juga mengandungi vitamin A dan beta karotene yang tinggi so good for baby punya penglihatan.

Nak cari butternut squash ni agak susah juga, kat aeon kalau cepat dapat la. Kadang2 Fara beli kat jaya grocer je. Harga dia memang a bit pricey sikit. Tapi kalau taknak beli  sebiji, boleh beli yang siap dipotong separuh atau yang sudah dipotong dadu (biasa dalam plastic packaging).

Lagipon bukan baby je boleh makan, orang kata kalau buat pengat labu mengunakan butternut squash ni lagi sedap sebab butternut squash ni lagi manis dari labu hehe. Tu sebab ramai baby suka rasa squash ni. Jom tengok apa manfaat "labu madu" ni jika diberikan kepada bayi.


Manfaat Butternut Squash untuk bayi: 



1) Membantu meningkatkan imun sistem  tubuh badan

Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam butternut squash membantu meningkatkan imun sistem tubuh bayi, seperti kita maklum bahawa vitamin C merangsang penghasilan sel darah putih yang mampu membantu melawan penyakit atau virus. Vitamin C juga bertindak sebagai  antioxidant yang boleh melawan dan membuang radikal bebas. Vitamin C penting untuk membesaran dan penghasilan sel baru bayi anda.



2) Baik untuk penglihatan si manja

Kandungan vitamin A dan 4 jenis karetenoid yang terkandung didalam butternut squash sangat membantu penglihatan bayi anda. Butternut squash mengandung beta-carotene, alpha-carotene, lutein dan zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin berkerja direct di retina yang menghalang oxidative stress dan macular degeneration. Manakala, alpha dan beta-carotene akan ditukarkan kepada retinol (vitamin A foarm) untuk keperluan tubuh badan.



3) Bagus untuk sistem penghadaman

Butternut squash adalah sumber terbaik dietary fiber yang membantu sistem penghadaman untuk berkerja lebih baik dan boleh mengelakkan bayi dari sembelit dan kembung.



4) Mampu menguatkan tulang bayi

Butternut squash kaya dengan sumber mineral seperti potassium, magnesium, manganese dan calcium, yang mana mineral-mineral ini membantu menambah ketumpatan dan menguatkan tulang si bayi yang sedang mahu membesar.



5) Mengelakkan dan mengurangankan keradangan

Kandungan omega-3 dan alpha linolenic asid yang terdapat didalam butternut squash ini mampu mengurangkan keradangan jika di amalkansecara kerap.



fara biasa beli size macam ni 

puree squash

Bubur nasi + squash

Done

Semoga bermanfaat.
Lepas baca, korang jangan lupa tinggalkan komen dan share kepada kawan-kawan ok 😊


1 comment:

  1. Sy cari ssah nk jmpa..nnt sy nk g Jaya grocer laa.. tq f0r inf0

    ReplyDelete