latest Post

Monday 30 October 2017

Cara paling cepat untuk buat bubur bayi


Assalamualaikum semua, harini fara nak share cara fara sediakan bubur nasi Nayla dengan cepat dan mudah , 5 minit dah siap. Hah nak tahu tak macam mana? Fara akan buat serbuk beras halus. Setiap kali nak hidangkan fara just ambil 3 atau 4 sudu besar dan campurkan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran yang ingin fara masukkan sekali. Memang cepat, korang wajib cuba cara ni ok πŸ˜‰


Cara buat serbuk beras:

i) Ambil 1 cawan beras dan cuci sehingga bersih
ii) Toskan sehingga kering
iii) Sangai beras tanpa menggunakan minyak sehingga warna beras berubah sedikit (pastikan betul-betul kering)
iv) Kisar beras yang telah disangai menggukan blender kering.
v) Tapis serbuk beras untuk dapatkan texture yang lebih halus.
vi) Simpan serbuk beras ditempatkan yang bersih dan kering.




Cara Penyediaan:

i) Ambil 3/4 sudu besar serbuk beras kedalam periuk.
ii) Tambah air secukupnya kedalam periuk. Jangan terlalu banyak, sebab serbuk beras sangat cepat mengembang menjadi bubur.
iii) Tambah sayuran atau buahan (telah dikukus) yang mahu dihidangkan bersama bubur.
iv) Selepas sudah masak, blend sehingga halus dan sedia untuk dihidangkan kepada bayi anda.


Fara memang akan prepare serbuk beras ni siap-siap, sebab ianya sangat memudahkan kerja fara. 
Biasanya fara akan kukus sayuran seperti carrot, potato russet, broccoli, butternut squash atau lain-lain untuk dicampurkan kedalam bubur Nayla. Kadang kalau fara nak cepat fara rebus sekali sayuran/buahan bersama serbuk beras menggunakan api yang kecil. Memang cepat cara buat bubur menggunakan serbuk beras ni. 5 minit dah siap. 





Korang nampak tak betapa halusnya texture bubur nasi ni. Bubur ni fara beri kepada nayla masa umur 7 bulan. Masa tu belum ada gigi lagi so kene makan halus dan lembut macam ni. Yang ni fara tambah bayam,kurma,kentang dan lentils kedalam bubur nayla. Nak lagi bagus tambahkan beberapa titis extra virgin olive oils keatas bubur sebelum diberikan kepada baby.


Ada lagi satu cara yang lain nak buat bubur dengan cepat yaitu rendam beras didalam bekas yang kecil dan simpan kedalam freezer. Beras akan jadi hancur dan cepat mengembang menjadi bubur. Tapi fara kurang gemar buat cara ni. Sebab kene buat 2-3 kali kerja. Fara lagi prefer buat serbuk beras, walaupon agak rumit penyediaannya tapi ianya memudahkan untuk hari-hari berikutnya. So lepas korang cuba cara-cara ni, tiada lagi istilah bubur hangus, terlupa tengah masak bubur baby sebab lama sangat ke atau drama-drama yang lain heee. Kerja pon senang, hati pon riang.


Selamat mencuba, kalau korang ada tips lain jangan lupa share. Kita boleh berkongsi dan bertukar ilmu hee πŸ˜‰


Thursday 19 October 2017

Tips Banyakkan Susu Ibu Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua πŸ˜ƒ


Harini fara nak kongsi tips atau petua macam mana nak banyakkan air susu ibu. Mesti ada di kalangan kita yang baru saja melahirkan anak buat kali pertama risau jika tiada penghasilan atau kurang susu badan kan? Jangan risau fara masa awal-awal dulu pon pernah ada perasaan ni. Tapi apa yang penting adalah mindset kita sendiri. Kita kene sentiasa positif dan yakin yang kita mampu menghasilkan susu untuk diberikan kepada bayi kita. Sambil tu kita kene juga ada usaha kearah itu. Jom tengok beberapa tips yang Fara nak kongsikan ni. Harap-harap dapat serba sedikit membantu ibu-ibu yang memerlukan tips ini.


Ini antara tips untuk banyakkan susu badan selepas bersalin:


1) URUTAN
 -Kebiasaannya confinement lady/ tukang urut pandai mengurut untuk menggalakkan serta melancarkan penghasilan susu. Selepas mengurut kita akan dapati cik B akan sedikit bengkak dan penghasilan susu semakin bertambah. Maka rajin-rajin la ibu-ibu semua kosongkan cik B ya supaya semakin bertambah penghasilan susu. (Demand and supply concept)

2) SAYURAN
 -Banyakkan makan sawi dan lobak putih. Fara dulu masa pantang hampir setiap hari makan sup sawi dan lobak putih. Boleh dikatakan tu pertama kali fara makan lobak putih hehe. Tapi hasilnya menakjubkan. Terpaksa kene tukar baju selang berapa jam sebab habis baju basah.

3) BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
 -Walaupon orang dulu-dulu kata dalam pantang tak elok minum air banyak-banyak tapi sebenarnya minum air putih sangat penting untuk teruskan penghasilan susu. Lagi satu ibu-ibu harus elakkan minuman yang berkafein seperti teh dan kopi. Teh dan kopi akan menghalang tubuh badan ibu untuk menyerap zat-zat dan nutrien dari makanan. Jika ibu-ibu tidak dapat zat dari makanan, bagaimana baby ibu-ibu hendak membesar dengan sihat.


4) KERAPKAN MENYUSU BAYI ANDA 
-Ibu-ibu kene rajin kosongkan Cik B dengan cara kerapkan menyusu bayi atau mengepam semasa bayi sedang tidur. Dengan cara ini, susu akan cepat dan banyak terhasil. Jika terdapat demand, maka akan ada supply.


5) SETKAN MINDA DAN SENTIASA POSITIF
-Ibu-ibu wajib setkan di minda bahawa ibu-ibu hendak menyusukan bayi selepas bersalin. Lagi bagus jika ibu berniat untuk teruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun. Jika ibu-ibu sudah ada niat, InshaAllah susu badan akan terhasil sejurus selepas melahirkan bayi anda. Selain itu, ibu-ibu hendaklah sentiasa positif. Jangan stress jika susu kurang kerana setitis dua sudah boleh membuatkan bayi anda kenyang memadai saiz ususnya. Kalau Fara, Fara amalkan minum susu segar berserta kurma. Selain itu Fara juga gantikan milo dengan tamar koko untuk minuman harian Fara. Fara juga ada terbaca pengalaman kawan-kawan Fara, dengan meminum air rendaman kurma merah,longan dan halba juga boleh menambah penghasilan susu ibu.





Ni contoh minuman yang selalu Fara amalkan, susu kurma dan instant kurma merah dan longan. Hee senang, koyakkan plastik terus bancuh, tak perlu rebus lama-lama πŸ˜€πŸ˜πŸ˜








Atau nak lagi mudah dan cepat boleh beli kat pasaraya air kotak logan ni. Tinggal sedut je, tahu-tahu dah habis. Rasa pon sedap dan yang paling penting boleh bertindak sebagai "milk-booster".



Untuk yang sudah berjaya dapat menyusukan bayi anda Alhamdulillah tahniah. Seeloknya menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Tapi jika tidak mampu, apa yang terdaya dan terbaik kita boleh usaha, kita usaha. Tak usah bandingkan rezeki kita dengan orang lain. Bersyukur, yang penting baby sihat dan aktif.



Penghasilan susu juga boleh drop jika korang datang period, pregnant, stress atau makan makanan as "milk-killer". Tapi jangan risau, korang boleh ikut tip diatas dan kerapkan pump (kosongkan cik B). Makin banyak demand maka makin banyak supply production susu. Apapun kita hendaklah sentiasa berfikir positif, supaya hasilnya juga positif. 


Share la tip ni dengan kawan-kawan yang mempunyai masalah atau yang memerlukan petua untuk banyakkan susu ibu.
Selamat mencubaπŸ˜ƒ




Monday 16 October 2017

Kek Moist Coklat Yang Super Sedap ? Baca ni

Tips Penting Yang Korang Perlu Tahu Untuk Dapatkan Moist Cake Coklat Yang Sangat Lembut Dan Super Sedap



Bila bercakap tentang moist cake chocolate ni mesti ramai yang sudah terbayang-bayang keenakan cake yang penuh rasa coklat yang moist kan . Bila teringin, ada yang sanggup membeli di kedai dan ada juga yang rajin untuk membuatnya sendiri di rumah.

Harini fara nak kongsikan cara-cara buat kek moist coklat yang sangat lembut. Yang pastinya korang semua pasti akan teringat-ingat untuk menikmatinya berkali-kali. Resepi yang fara akan kongsikan ni sangat mudah. Beginner pon boleh cuba. Yang tiada kelengkapan yang cukup pon boleh buat. Guna blender pon boleh dapatkan hasil yang sangat bagus setanding guna mixer. Rahsia utama untuk dapatkan kek yang lembut adalah perlu dikukus tanpa perlu dibakar. Korang wajib ikut semua steps ini untuk dapatkan hasil yang sangat lembut.

RESEPI MOIST CAKE CHOCOLATE

Bahan A
1 cawan koko
1 cawan minyak masak/sayuran
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sdt bicarbonate of soda
1 sdt baking powder

Bahan C
3 biji telur di blend sehingga kembang
1 sdt essence vanilla

CARA-CARA:

i) Satukan semua Bahan A di dalam periuk untuk dipanaskan menggunakan api yang kecil.




ii) Campurkan  Bahan B (perlu di ayak terlebih dahulu) dan Bahan C secara bergilir ke dalam sebatian Bahan A.



iii) Blender kesemua bahan untuk dapatkan lagi texture yang lebih halus.

iv) Tuang ke dalam bekas.

v) Kukus 10-15 minit. Pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
.
.
Bahan-bahan untuk topping moist cake:

1 cawan koko
1/2 cawan susu manis
1/2 cawan susu cair
3/4 cawan minyak
1/2 bar coklat masakan.

*Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dengan menggunakan api yang kecil dan kacau rata.

Siap. Selepas itu boleh simpan di chiller.

Fara share sikit gambar moist cake coklat yang dah siap ya.


Fara suka letak dalam bekas kecil-kecil, lepastu biarkan seketika selepas keluarkan dari peti ais. Nikmat betul dapat makan kek coklat lembut mencair dalam mulut



Nampak tak betapa lembutnya dan halusnya texture moist cake ni


Jangan lupa cuba resepi ni dan share kepada kawan-kawan yang lain.
Selamat mencuba 😊
Selepas cuba jangan lupa tinggalkan komen share pengalam korang pula okπŸ˜‰πŸ˜‰