Tips Penting Yang Korang Perlu Tahu Untuk Dapatkan Moist Cake Coklat Yang Sangat Lembut Dan Super Sedap
Bila bercakap tentang moist cake chocolate ni mesti ramai yang sudah terbayang-bayang keenakan cake yang penuh rasa coklat yang moist kan . Bila teringin, ada yang sanggup membeli di kedai dan ada juga yang rajin untuk membuatnya sendiri di rumah.
Harini fara nak kongsikan cara-cara buat kek moist coklat yang sangat lembut. Yang pastinya korang semua pasti akan teringat-ingat untuk menikmatinya berkali-kali. Resepi yang fara akan kongsikan ni sangat mudah. Beginner pon boleh cuba. Yang tiada kelengkapan yang cukup pon boleh buat. Guna blender pon boleh dapatkan hasil yang sangat bagus setanding guna mixer. Rahsia utama untuk dapatkan kek yang lembut adalah perlu dikukus tanpa perlu dibakar. Korang wajib ikut semua steps ini untuk dapatkan hasil yang sangat lembut.
RESEPI MOIST CAKE CHOCOLATE
Bahan A
1 cawan koko
1 cawan minyak masak/sayuran
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sdt bicarbonate of soda
1 sdt baking powder
Bahan C
3 biji telur di blend sehingga kembang
1 sdt essence vanilla
CARA-CARA:
i) Satukan semua Bahan A di dalam periuk untuk dipanaskan menggunakan api yang kecil.
iii) Blender kesemua bahan untuk dapatkan lagi texture yang lebih halus.
iv) Tuang ke dalam bekas.
v) Kukus 10-15 minit. Pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
.
.
Bahan-bahan untuk topping moist cake:
1 cawan koko
1/2 cawan susu manis
1/2 cawan susu cair
3/4 cawan minyak
1/2 bar coklat masakan.
*Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dengan menggunakan api yang kecil dan kacau rata.
Siap. Selepas itu boleh simpan di chiller.
Fara share sikit gambar moist cake coklat yang dah siap ya.
Fara suka letak dalam bekas kecil-kecil, lepastu biarkan seketika selepas keluarkan dari peti ais. Nikmat betul dapat makan kek coklat lembut mencair dalam mulut |
Nampak tak betapa lembutnya dan halusnya texture moist cake ni |
Jangan lupa cuba resepi ni dan share kepada kawan-kawan yang lain.
Selamat mencuba 😊
Selepas cuba jangan lupa tinggalkan komen share pengalam korang pula ok😉😉
Selepas cuba jangan lupa tinggalkan komen share pengalam korang pula ok😉😉
macam sedap nie.. bole try cara fara pulak nnt:D
ReplyDeleteHeee try la fiqa..sedappp insyaAllah :)
Deletefara nnt post y kuah spagetthi tu..tringat la..tp da lupa da xsilap kena letak sos kan...and daun ketumbar.. y time zaman fpd tu..mmm sedapnye :D
ReplyDeleteInsyaAllah nanti kalau ada masa fara share resepi dia :)
Delete