latest Post

Monday 30 October 2017

Cara paling cepat untuk buat bubur bayi


Assalamualaikum semua, harini fara nak share cara fara sediakan bubur nasi Nayla dengan cepat dan mudah , 5 minit dah siap. Hah nak tahu tak macam mana? Fara akan buat serbuk beras halus. Setiap kali nak hidangkan fara just ambil 3 atau 4 sudu besar dan campurkan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran yang ingin fara masukkan sekali. Memang cepat, korang wajib cuba cara ni ok 😉


Cara buat serbuk beras:

i) Ambil 1 cawan beras dan cuci sehingga bersih
ii) Toskan sehingga kering
iii) Sangai beras tanpa menggunakan minyak sehingga warna beras berubah sedikit (pastikan betul-betul kering)
iv) Kisar beras yang telah disangai menggukan blender kering.
v) Tapis serbuk beras untuk dapatkan texture yang lebih halus.
vi) Simpan serbuk beras ditempatkan yang bersih dan kering.




Cara Penyediaan:

i) Ambil 3/4 sudu besar serbuk beras kedalam periuk.
ii) Tambah air secukupnya kedalam periuk. Jangan terlalu banyak, sebab serbuk beras sangat cepat mengembang menjadi bubur.
iii) Tambah sayuran atau buahan (telah dikukus) yang mahu dihidangkan bersama bubur.
iv) Selepas sudah masak, blend sehingga halus dan sedia untuk dihidangkan kepada bayi anda.


Fara memang akan prepare serbuk beras ni siap-siap, sebab ianya sangat memudahkan kerja fara. 
Biasanya fara akan kukus sayuran seperti carrot, potato russet, broccoli, butternut squash atau lain-lain untuk dicampurkan kedalam bubur Nayla. Kadang kalau fara nak cepat fara rebus sekali sayuran/buahan bersama serbuk beras menggunakan api yang kecil. Memang cepat cara buat bubur menggunakan serbuk beras ni. 5 minit dah siap. 





Korang nampak tak betapa halusnya texture bubur nasi ni. Bubur ni fara beri kepada nayla masa umur 7 bulan. Masa tu belum ada gigi lagi so kene makan halus dan lembut macam ni. Yang ni fara tambah bayam,kurma,kentang dan lentils kedalam bubur nayla. Nak lagi bagus tambahkan beberapa titis extra virgin olive oils keatas bubur sebelum diberikan kepada baby.


Ada lagi satu cara yang lain nak buat bubur dengan cepat yaitu rendam beras didalam bekas yang kecil dan simpan kedalam freezer. Beras akan jadi hancur dan cepat mengembang menjadi bubur. Tapi fara kurang gemar buat cara ni. Sebab kene buat 2-3 kali kerja. Fara lagi prefer buat serbuk beras, walaupon agak rumit penyediaannya tapi ianya memudahkan untuk hari-hari berikutnya. So lepas korang cuba cara-cara ni, tiada lagi istilah bubur hangus, terlupa tengah masak bubur baby sebab lama sangat ke atau drama-drama yang lain heee. Kerja pon senang, hati pon riang.


Selamat mencuba, kalau korang ada tips lain jangan lupa share. Kita boleh berkongsi dan bertukar ilmu hee 😉


3 comments:

  1. Beras kisar ni simpan diluar peti ais ok ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tayah kot sbb beras kan . Kalau sayur ke stok ayam bilis ke mybe perlu peti ais

      Delete