latest Post

Thursday 19 October 2017

Tips Banyakkan Susu Ibu Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua πŸ˜ƒ


Harini fara nak kongsi tips atau petua macam mana nak banyakkan air susu ibu. Mesti ada di kalangan kita yang baru saja melahirkan anak buat kali pertama risau jika tiada penghasilan atau kurang susu badan kan? Jangan risau fara masa awal-awal dulu pon pernah ada perasaan ni. Tapi apa yang penting adalah mindset kita sendiri. Kita kene sentiasa positif dan yakin yang kita mampu menghasilkan susu untuk diberikan kepada bayi kita. Sambil tu kita kene juga ada usaha kearah itu. Jom tengok beberapa tips yang Fara nak kongsikan ni. Harap-harap dapat serba sedikit membantu ibu-ibu yang memerlukan tips ini.


Ini antara tips untuk banyakkan susu badan selepas bersalin:


1) URUTAN
 -Kebiasaannya confinement lady/ tukang urut pandai mengurut untuk menggalakkan serta melancarkan penghasilan susu. Selepas mengurut kita akan dapati cik B akan sedikit bengkak dan penghasilan susu semakin bertambah. Maka rajin-rajin la ibu-ibu semua kosongkan cik B ya supaya semakin bertambah penghasilan susu. (Demand and supply concept)

2) SAYURAN
 -Banyakkan makan sawi dan lobak putih. Fara dulu masa pantang hampir setiap hari makan sup sawi dan lobak putih. Boleh dikatakan tu pertama kali fara makan lobak putih hehe. Tapi hasilnya menakjubkan. Terpaksa kene tukar baju selang berapa jam sebab habis baju basah.

3) BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
 -Walaupon orang dulu-dulu kata dalam pantang tak elok minum air banyak-banyak tapi sebenarnya minum air putih sangat penting untuk teruskan penghasilan susu. Lagi satu ibu-ibu harus elakkan minuman yang berkafein seperti teh dan kopi. Teh dan kopi akan menghalang tubuh badan ibu untuk menyerap zat-zat dan nutrien dari makanan. Jika ibu-ibu tidak dapat zat dari makanan, bagaimana baby ibu-ibu hendak membesar dengan sihat.


4) KERAPKAN MENYUSU BAYI ANDA 
-Ibu-ibu kene rajin kosongkan Cik B dengan cara kerapkan menyusu bayi atau mengepam semasa bayi sedang tidur. Dengan cara ini, susu akan cepat dan banyak terhasil. Jika terdapat demand, maka akan ada supply.


5) SETKAN MINDA DAN SENTIASA POSITIF
-Ibu-ibu wajib setkan di minda bahawa ibu-ibu hendak menyusukan bayi selepas bersalin. Lagi bagus jika ibu berniat untuk teruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun. Jika ibu-ibu sudah ada niat, InshaAllah susu badan akan terhasil sejurus selepas melahirkan bayi anda. Selain itu, ibu-ibu hendaklah sentiasa positif. Jangan stress jika susu kurang kerana setitis dua sudah boleh membuatkan bayi anda kenyang memadai saiz ususnya. Kalau Fara, Fara amalkan minum susu segar berserta kurma. Selain itu Fara juga gantikan milo dengan tamar koko untuk minuman harian Fara. Fara juga ada terbaca pengalaman kawan-kawan Fara, dengan meminum air rendaman kurma merah,longan dan halba juga boleh menambah penghasilan susu ibu.





Ni contoh minuman yang selalu Fara amalkan, susu kurma dan instant kurma merah dan longan. Hee senang, koyakkan plastik terus bancuh, tak perlu rebus lama-lama πŸ˜€πŸ˜πŸ˜








Atau nak lagi mudah dan cepat boleh beli kat pasaraya air kotak logan ni. Tinggal sedut je, tahu-tahu dah habis. Rasa pon sedap dan yang paling penting boleh bertindak sebagai "milk-booster".



Untuk yang sudah berjaya dapat menyusukan bayi anda Alhamdulillah tahniah. Seeloknya menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Tapi jika tidak mampu, apa yang terdaya dan terbaik kita boleh usaha, kita usaha. Tak usah bandingkan rezeki kita dengan orang lain. Bersyukur, yang penting baby sihat dan aktif.



Penghasilan susu juga boleh drop jika korang datang period, pregnant, stress atau makan makanan as "milk-killer". Tapi jangan risau, korang boleh ikut tip diatas dan kerapkan pump (kosongkan cik B). Makin banyak demand maka makin banyak supply production susu. Apapun kita hendaklah sentiasa berfikir positif, supaya hasilnya juga positif. 


Share la tip ni dengan kawan-kawan yang mempunyai masalah atau yang memerlukan petua untuk banyakkan susu ibu.
Selamat mencubaπŸ˜ƒ




1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..πŸ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete